Thursday 28 July 2016

ENZIM NONI "BUNUH" PENYAKIT 'MAHAL'


NONI RATU TUMBUHAN


Noni atau buah mengkudu amat dikenali sebagai Ratu Tumbuhan kerana mempunyai khasiat kesihatan yang tinggi untuk tubuh manusia.

Buah mengkudu mengandungi zat pencetus "xeronine" yang dipanggil sebagai "proxeronine" di samping terdapat enzim yang membantu "proxeronine" membentuk "xeronine".

Kepentingan xeronine sebagai salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.
Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.

Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.

Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan.

Antara khasiatnya adalah:
1. Analgesik dan anti-radang
2. Anti-Kanser
3. Anti-kencing manis
4. Anti-oksidan.
5. Anti-bakteria
6. Awet Muda
7. Mengurangkan tekanan darah tinggi 
8. Merendahkan aras kolesterol.
9. Meredaakan penyakit resdung, asma, bronkitis.
10. Gout
11. Perlindungan hati


Jika keberkesanan Noni adalah 80% untuk beberapa jenis penyakit..formula GANONI Drop 5 x ganda POWER Gabungan Ganoderma + Noni mampu memberi kesan berganda untuk kesihatan anda.


UNTUK INFO PRODUK: 

Sunday 24 July 2016

PENAWAR RAMBUT GUGUR



Anda Mengalami MASALAH Seperti Senarai Dibawah? 

APA PANDANGAN ORANG DISEKELILING ANDA

  • Rambut Gugur Dan Jarang? 
  • Masalah Kepala Makin Botak?
  • Masalah Gatal Kepala?
  • Masalah Kelemumur? 
  • Rambut Kusut Dan Pecah? 
  • Rambut Beruban? 
  • Semakin Hari Semakin Botak? 
  • Masalah Kudis Di Kepala? 

Jika YA, "Feryal Argan Oil dijamin dapat membantu anda selesaikan Semua masalah di atas dan kesannya anda boleh rasa serta merta, tanpa bahan kimia merbahaya".




UNTUK RAWATAN ALTERNATIVE 



Wednesday 29 June 2016

BAHAYA TOKSIN DALAM BADAN





Apa itu Toksin? 

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita.

Toksin bukan saja menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita secara normal, tetapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke bahagian-bahagian ... 
organ tubuh kita, lalu merosakkan system sirkulasi (pembuluh-pembuluh darah), organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran (system gastrousus).

Sakit adalah kegagalan tubuh manusia menyingkirkan bahan buangan. Contohnya Lendir/mucus, serta toksin yang menghalangi fungsi-fungsi normal tubuh manusia.

Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.


Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan? 


Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

Bagaimana toksin terjadi? 

-Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
-Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
-Merokok
-Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
-Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.

Tanda-tanda seseorang banyak toksin

 -Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.

-Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit(mari checkup sekarang!..huhuhuhu)

-Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.

Cara membuang toksin (nyahtoksin) 

1)Detox - Detox umpama ‘agen’ pencuci yang ‘mengikis’ dinding usus yang terlekat dengan sisa buangan yang tidak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.
2)Senaman –Dengan senaman Toksin akan keluar melalui perkumuhan (peluh)
3)Refleksologi – Sebahagian dr toksin tak dapat dikeluarkan dari badan dan akn mendap dibahagian kaki. so disini pentingnya refleksologi kerana menurut perubatan Cina, kaki adalah umpama jantung kedua dengan mempunyai lebih 60 titik akupuntur. Melalui titik-titik ini, toksin akan disedut keluar.
4)Berpuasa - Nabi Muhammad SAW bersabda “Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu adalah ubat” (H.R. Muslim)

INFO & RAWATAN ALTERNATIF
 http://umiebeautyshoppe.blogspot.my/2016/06/gc-tea.html

Thursday 23 June 2016

APA ITU PENYAKIT ECZEMA DAN APA ITU PSORIASIS? DAN PENCEGAHANNYA.


ECZEMA DAN PENCEGAHANNYA


ECZEMA merupakan penyakit kulit yang biasa diamai dikalangan bayi, namun begitu orang dewasa juga tidak dikecuali. 

Penyakit eczema biasa berlaku dikalangan kanak-kanakberumur antara 2-6 bulan. Salah satu jenis eczema ialah "Atopic Dermatitis". 

"Atopic" adalah satu masalah yang akan menyebabkan daya tahan mekanisma pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetus simptom "Oversensitivity". 

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa. Walaupun penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit kompikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit. 

Gejala-Gejala Eczema.

ACUTE ECZEMA 
- Erythema : kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan 
- Papules : pembentukan tompok-tompok merah 

ECZEMA KRONIK 
-Kulit menjadi kering, berair dan bersisik 
-Kulit menebal kasar dan berkedut. 

Punca -Punca Eczema 
Sehingga kini punca sebenar penyakit ini masih belum dikenalpasti sepenuhnya.

Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetus Eczema seperti berikut: 

Faktor-Faktor Dalaman ( Fizikal ) 
- Ahli keluarga yang mempunyai serajah yang mengalami penyakit eczema, asma dan allergi. -Perubahan emosi ketara atau stress. 
-Pemakanan atau minuman spt alkohol, produk tenusu , gandum , telur , makanan laut, pengawet dan pewarna makanan. Faktor 

Faktor Luaran ( Persekitaran ) 
- Bahan- bahan Iritasi : asap rokok, bahan kimia, Cuaca yang terlalu panas dan lembap atau sebaliknya. 
- Alahan ( Allergens ) : Sabun , Syampu , serbuk bahan pencuci , kosmatik , kulat , debunga, haiwan peliharaan dan hame habuk rumah. 

Apakah petua untuk menjaga kulit ini? 

Hadkan penggunaan 
Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit. 

Pakai sarung tangan 
Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit. 

Kain kapas atau kombinasinya 
Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas. 

Sewaktu mandi 
Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas. Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit. Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit. 

Losen 
Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari. Menggaru Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru. 

Berpeluh 
Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan. 

Tekanan 
Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk. 

Penjagaan khas 
Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.


=======================================================================

=======================================================================


APA ITU PSORIASIS?


PSORIASIS DAN PENCEGAHANNYA 


Psoriasis ialah penyakit kulit di mana penderitanya mengalami proses pergantian kulit yang terlalu cepat. Kemunculan penyakit ini terkadang untuk jangka waktu lama atau hilang timbul. Penyakit ini secara klinis sifatnya tidak mengancam jiwa dan tidak menular, akan tetapi karena dapat muncul di bagian tubuh mana saja, penyakit ini dapat berdampak pada kualitas hidup penderitanya bila tidak dirawat dengan baik. 

Berbeda dengan pergantian kulit pada manusia normal yang biasanya berlangsung selama tiga sampai empat minggu, proses pergantian kulit pada penderita psoriasis berlangsung secara cepat yaitu sekitar 2–4 hari (bahkan bisa terjadi lebih cepat). Pergantian sel kulit banyak dan menebal. 

Penyebab 
Sampai saat ini penyakit Psoriasis belum diketahui penyebabnya secara pasti, sehingga belum ada pengobatan yang dapat menyembuhkannya secara total. Namun, berdasarkan beberapa penelitian, disebutkan beberapa hal yang dapat memicu timbulnya psoriasis, antara lain: 

Garukan/gesekan dan tekanan yang berulang-ulang, misalnya pada saat gatal digaruk terlalu kuat atau penekanan anggota tubuh terlalu sering pada saat beraktivitas. Bila Psoriasis sudah muncul dan kemudian digaruk/dikorek, maka akan mengakibatkan kulit bertambah tebal. 

Obat tertentu antara lain obat anti hipertensi dan antibiotik. 
Mengoleskan obat terlalu keras bagi kulit. 
Emosi yang tak terkendali. 
Infeksi saluran nafas bagian atas, yang keluhannya dapat berupa demam, nyeri menelan, batuk dan beberapa infeksi lainnya. 
Makanan berkalori sangat tinggi sehingga badan terasa panas dan kulit menjadi merah, misalnya mengandung alkohol. 

Gejala 
Gejala yang ditimbulkan pada awalnya tampak seperti bintik merah yang makin melebar dan ditumbuhi sisik lebar putih berlapis-lapis. Tumbuhnya tidak selalu di seluruh bagian kulit tubuh tetapi kadang-kadang hanya timbul pada tempat-tempat tertentu saja, karena pergiliran sel–sel kulit bagian lainnya berjalan normal. Psoriasis dapat juga disertai atau tanpa disertai rasa gatal. Kulit dapat membaik seperti kulit normal lainnya setelah warna kemerahan, putih atau kehitaman bekas psoriasis menghilang. 

Pengobatan 
Pengobatan psoriasis biasanya dilakukan dengan berbagai cara mulai dengan salep oles (topikal), obat telan (sistemik) maupun dengan penyinaran menggunakan sinar UVB. Baik pengobatan salep maupun penyinaran hanya membantu meredam penyakit tersebut dan tidak menyembuhkan sama sekali, sehingga sewaktu-waktu penyakit ini dapat timbul kembali. 

Salep oles yang umum digunakan antara lain yang mengandung kortikosteroid, vitamin D3 analog (misalnya calcipotriol) dan anthralin. Salep tersebut dioleskan langsung ke kulit yang terkena psoriasis untuk mengurangi proses peradangan, menghilangkan kerak, dan memperlambat waktu pergantian kulit. 

Apabila dengan pengobatan topikal tidak memberikan respon dengan baik, maka tahap selanjutnya adalah dengan penyinaran ultraviolet (phototherapy). Lampu untuk penyinaran ini memiliki panjang gelombang 311-313 nm dan berapa lama penyinaran dengan lampu ini berbeda-beda tergantung tiap penderita. 

Bila dengan phototherapy ini pun tidak memberikan hasil yang maksimal, maka tahap selanjutnya adalah menggunakan obat telan (sistemik), antara lain methotrexate, cyclosporine dan retinoid. Namun penggunaan obat telan ini harus dengan petunjuk dan pengawasan dokter sebab obat-obat tersebut memiliki efek samping yang cukup berbahaya. Maka dari itu, setiap penderita harus melakukan tes darah terlebih dahulu dan mengecek fungsi hati. 

Pencegahan 
Ada baiknya kita mempelajari beberapa hal sebagai upaya pencegahan, perlu diketahui sebelumnya bahwa psoriasis lebih sering muncul pada kulit yang kering. Oleh sebab itu bagi pembaca yang memiliki kulit cenderung kering, hindarilah menggunakan scrub saat mandi, sering-seringlah mengoleskan moisturizer atau pelembab kulit dengan teratur, gunakanlah sabun mandi khusus yang mengandung moisturizer atau susu kambing. 



UNTUK RAWATAN ALTERNETIF






Wednesday 22 June 2016

DIABETES - 10 TANDA KENCING MANIS DAN PENCEGAHAN NYA.






Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis. Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. 

Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera, bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis. 

Jenis-jenis kencing manis
Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama iaitu Kencing Manis Jenis1 (Diabetes Type 1) dan Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2.) 

♦ Kencing Manis Jenis 1 - "Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin) Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin. 

♦ Kencing Manis Jenis 2 - "Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin) Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2. Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan. Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.  

Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik. 


SIMPTON-SIMPTON KENCING MANIS.

Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai pasakit yang menghidapi kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara. Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.  


10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis 

1.Paras gula darah tinggi Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal. 

2.Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur. Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga. Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang. 

3.Hilang berat badan secara tiba-tiba Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat. Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif. 

4.Sentiasa rasa lapar Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh. Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar. 

5. Luka lambat sembuh Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan. 

6.Keletihan dan cepat marah Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah. 

7.Terdedah kepada jangkitan kulat Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain. 

8.Penglihatan kabur Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur. Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta. 

9.Sensasi pada tangan dan kaki Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki - ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal. 

10.Kulit merengsa Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

INFO DAN SOLUSI

 http://umiebeautyshoppe.blogspot.my/2016/06/gc-tea.html